UiTM Kelantan dan Konvokesyen


Hari Sabtu (29/5/2010) ini adalah hari Konvokesyen aku untuk Diploma dalam Pengurusan Maklumat. Setelah 3 tahun aku merantau di negeri orang iaitu di Kelantan, suka dan duka semua aku lalui. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas permandangan. Di sana, aku mempunyai ramai kawan. Bab-bab kawan ni aku terasa sensitif sikit untuk bercerita. Ramai la kawan yang perangainya baik dan ada juga yang tak berapa nak baik. Paling aku benci sekali ialah kawan yang suka "PROPA". Di UiTM Kelantan ni, pelbagai gelaran atau nama samaran aku dipanggil. Tapi aku suka dengan gelaran itu kerana gelaran yang diaorang panggil tu berdasarkan perwatakan aku. Kita beralih kepada kawan yang paling rapat dengan aku iaitu Fairuz Binti Zakaria. Aku berkawan dengan dia sejak dari Part 1 hingga Part 6. Percaya atau tidak dah beberapa kali aku tidur di rumah dia di Kota Bharu. Dia juga selalu hantar aku pergi ke stesen bas apabila aku nak balik ke Melaka. Terima kasih Mc Yang (nama manja dia). Sampai di sini sajalah cerita mengenai kehidupan aku di UiTM Kelantan dan Konvokesyen aku yang akan tiba 2 hari lagi. Tunggu kemunculan gambar-gambar konvokesyen aku yang akan dimasukkan dalam blog ini.

Mc Yang dan aku


Mc Yang


Tunggu gambar Konvokesyen aku.

Comments

  1. ……

    ReplyDelete
  2. xley bace la plak...
    nice blog...by the way,congratz for ur convo!!!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment