Lelaki Yang Patah Sayap Kirinya


Engkau lelaki yang patah sayap kirinya,
Menanggalkan baju dukamu di hamparan kenangan,
Melonjak dari jendela kamar yang pecah kacanya,
Ingin terbang menerpa bulan,
Sambil mengilik sebungkus impian,
Tak kau hirau rayuan pungguk yang berhiba lara,
Yang memilih pilu sengsara tanpa usaha,
Kau dengan kental semangat menjerkah gerhana,
Dan menahan mentari dari meminta gilirannya,

Terbanglah lelaki yang patah sayapnya,
Berpandukan tongkat paruh jentayu yang setia,
Kau bukan lagi lelaki pilu yang merenung jendela,
Setiap kali purnama senyum atau retak di balik arah,
Kerana kau arif merisik rindu dan mentafsir cinta,
Dari sinar mata pemilik kejora.

Indahnya karya nukilan Rozais Al-Anami.
Tersentuh hatiku.

Comments